Penggunaan Enjin Carian Bahan Bahasa Melayu
Apa itu Enjin Carian?
Enjin carian ialah sebuah pangkalan data yang menyimpan pautan-pautan
laman web dan kata kunci atau frasa. Apabila anda menaip kata kunci
‘Malaysia’ pada Google atau Yahoo! misalnya, enjin carian akan mencari
kata kunci yang dimasukkan dengan kata kunci yang terdapat di dalam
indeks pangkalan data. Apabila kata kunci ‘Malaysia’ dijumpai, maka
laman web yang berkaitan dengan ‘Malaysia’ akan dipaparkan kepada anda.
Walau bagaimanapun, tidak semua enjin carian adalah sama. Sesetengah
enjin carian akan mengindeks nama tajuk halaman sahaja, sesetengah enjin
carian pula hanya akan mengindeks kandungan sahaja.
Umumnya, servis carian internet boleh dikategorikan kepada dua:
direktori dan enjin pencari. Ramai yang keliru dengan kedua-dua terma
ini, sehingga ada yang merujuk Yahoo! sebagai sebuah enjin pencari.
Sebenarnya Yahoo! ialah sebuah direktori, bukan enjin pencari.
Kekeliruan ini berlaku mungkin disebabkan penggunaan butang ‘search’
yang disediakan kepada pengguna. Ini boleh disalah ertikan oleh pengguna
yang akan mengganggap servis yang digunakan adalah sebuah enjin
pencari.
Apa yang membezakan antara enjin pencari dengan direktori ialah,
pangkalan data bagi direktori mengandungi senarai alamat web yang
dimasukkan oleh manusia manakala pangkalan data bagi enjin pencari pula
dikompil melalui perisian robot yang dipanggil ‘spiders’. Spiders
digunakan untuk mengumpul maklumat yang terdapat di dalam sesebuah laman
web.
Bagaimana Enjin Pencari Berfungsi?
Apabila program spider masuk ke dalam sesebuah laman web, ia akan
melakukan satu proses yang dipanggil sebagai crawling atau spidering.
Dalam proses ini spider akan mengumpul semua perkataan dan frasa yang
terdapat di dalam laman web tersebut dimana perkataan-perkataan ini akan
diindekskan ke dalam pangkalan data. Kaedah ini juga dikenali sebagai
indexing.
Apabila seseorang masuk ke dalam servis enjin carian dan memasukkan kata
kunci tertentu, enjin pencari akan memadankan soalan carian pengguna
dengan perkataan yang terdapat di dalam pangkalan data. Apabila pasangan
yang sama atau hampir sama dijumpai, keputusan akan dipaparkan kepada
pengguna.
Contoh-contoh enjin carian
1) Google.com
2) MSN.com
3) Altavista.com
4) MetaCrawler.com
Apakah kegunaan enjin carian dalam internet dalam proses pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu.
1. Guru dapat menyediakan pelbagai program pendidikan secara terus melalui internet.
2. Menawarkan kepelbagaian bentuk penyampaian seorang guru.
3. Dapat mencari pelbagai maklumat dari serata dunia.
4. Memberikan motivasi dan membolehkan pelbagai gaya pembelajaran berlaku.
5. Mempelbagaikan bahan pengajaran sewaktu di dalam kelas.
6. Membolehkan pelajar mengembangkan pengalaman dan kebolehan mereka dengan menerokai pembelajaran kendiri.
7. Membolehkan pelajar memperoleh dan mencapai maklumat dengan mudah mengikut tahap dan kebolehan mereka.
8. Dapat membantu meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan menarik minat pelajar untuk belajar dengan baik dan berkesan.
9. Guru dapat menyediakan pelbagai program pendidikan secara terus melalui internet.
10. Menawarkan kepelbagaian bentuk penyampaian seorang guru.
11. Dapat mencari pelbagai maklumat dari serata dunia.
12. Memberikan motivasi dan membolehkan pelbagai gaya pembelajaran berlaku.
13. Mempelbagaikan bahan pengajaran sewaktu di dalam kelas.
14. Membolehkan pelajar mengembangkan pengalaman dan kebolehan mereka dengan menerokai pembelajaran kendiri.
15. Membolehkan pelajar memperoleh dan mencapai maklumat dengan mudah mengikut tahap dan kebolehan mereka.
16. Dapat membantu meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan menarik minat pelajar untuk belajar dengan baik dan berkesan.
No comments:
Post a Comment