Minggu 6
Membina dan Mengaplikasikan Struktur Perpautan dalam Penyusunan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
- Membina perpautan dan penyususunan bahan P&P yang dibina dalam Topik 5.
Sistem perpautan ini lebih dikenali sebagai hyperlink. Sistem ini lebih
sistematik dan mudah digunakan kerana sistem ini membenarkan pengguna
mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan bahan dengan hanya menekan
satu klik sahaja. Sistem perpautan ini terbahagi kepada beberapa jenis.
Sistem Perpautan
Struktur Hierarki
Struktur Komposit
Struktur Linear
Struktur Lingkaran
Struktur Hierarki
Dikenali
sebagai struktur pokok. Setiap paparan mewakili topik atau tajuk utama.
Setiap topik utama pula boleh dibahagikan kepada beberapa topik kecil
atau sub topik.
Struktur Komposit
Struktur
yang lebih kompleks berbanding struktur-struktur yang lain. Sering
digunakan bagi menangani keadaan di mana gabungan beberapa struktur
diperlukan bagi melengkapkan sistem penerokaan yang lebih fleksibel
serta memenuhi keperluan perisian.
Struktur Linear
Sistem
penerokaan yang hanya membenarkan pengguna meneroka sesebuah perisian
secara linear iaitu sama ada ke hadapan atau ke belakang sahaja.
Struktur Rangkaian
Menyediakan
pautan atau hubungan di antara setiap topik utama. Struktur sebegini
memberikan kebebasan kepada pengguna untuk meneroka dengan lebih mudah
dan fleksibel
Contoh Dalam Tapak Pembelajaran Minggu 5:
Saya telah mempautkan tapak pembelajaran saya dengan tutorial pembelajaran saya.
Tapak Pembelajaran
Tutorial Pembelajaran
No comments:
Post a Comment